KAMI imageKAMI imageKAMI image
Kami merupakan sekretariat khas yang ditubuhkan oleh PPIM bertujuan untuk melaksanakan usaha memperkasa jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan.

Situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut Bank Dunia, sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum juga meningkat masing-masing 54 peratus dan 60 peratus dalam tempoh sama sementara harga beras jatuh kira-kira 14 peratus.

Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan (GNAFC) dalam Laporan Global tentang Krisis Makanan (GRFC) 2022 pula mendapati, hampir 193 juta manusia tidak mempunyai jaminan bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera iaitu meliputi 53 buah negara dan wilayah.

“Jaminan bekalan makanan wujud apabila semua manusia pada setiap masa mempunyai akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan serta keutamaan makanan untuk hidup yang aktif dan sihat.”