Tanam ketum ayam berskala besar, elak kebergantungan importDaun ketum ayam adalah makanan akternatif bagi ternakan ayam selain daripada dedak ayam dan jagung. Oleh kerana makanan ayam semakin meningkat harganya, penggunaan daun ketum ayam dapat mengurangkan kos makanan ayam. Daun ketum ayam dikatakan mempunyai kadar protien yang tinggi (melebihi 20%) dan kadar lemak yang rendah sesuai dijadikan makanan organik segar kepada ternakan ayam atau pun ternakan ruminan.
Hasil pengiraan juga, penggunaan daun ketum ayam bersama beberapa bahan mentah lain sebagai makanan ayam, penternak terutamanya yang mengusahakan secara kecil-kecilan dapat mengurangkan penggunaan dedak sekali gus kos pengeluaran mereka juga dapat dikurangkan. Bagi mencapai hasrat tersebut, tanaman daun ketum ayam perlu dijalankan dalam skala yang besar sama seperti yang perlu dilakukan untuk tanaman jagung sebagai bahan asas makanan ternakan di negara ini.
Ia merupakan langkah bagi jangka masa panjang yang perlu diambil termasuk dengan penumpuan kepada penggunaan teknologi serta tenaga buruh yang mencukupi. Jika tiada usaha ataupun langkah pertama diambil, kita akan terus bergantung kepada pengimportan dedak, dan isu yang kita hadapi ketika ini iaitu harga dedak yang dimport melambung, harga ayam yang tinggi, tidak akan berkesudahan.