Agro Security Farm By PPIM

"jaminan sekuriti makanan yang baik akan menentukan kesejahteraan sosial dan mengurangkan tekanan serta kebimbangan masyarat terhadap isu kekurangan bekalan makanan negara."

ppim imageppim imageppim image


"jaminan sekuriti makanan yang baik akan menentukan kesejahteraan sosial dan mengurangkan tekanan serta kebimbangan masyarat terhadap isu kekurangan bekalan makanan negara"

SEKURITI MAKANAN imageSEKURITI MAKANAN imageSEKURITI MAKANAN image
Salah satu keperluan asas manusia yang tidak boleh dipertikaikan lagi adalah sumber makanan yang merupakan satu bentuk keperluan untuk kelangsungan hidup. Justeru ia juga meliputi soal perlindungan dan mengurus tadbir makanan dalam sesebuah masyarakat dan negara yang merangkumi soal sekuriti makanan atau jaminan bekalan makanan, pemakanan seimbang dan juga soal keselamatan dan kebersihan aspek makanan dan pemakanan.

Ia merupakan satu tanggungjawab untuk memenuhi keperluan asas masyarakat khususnya aspek makanan. Secara tuntasnya, menjadi amanah penting bagi kita untuk memastikan sekuriti bekalan makanan terjamin dengan menggubal dasar atau polisi kehidupan agar krisis tersebut dapat dibendung dan dielakkan.Sejarah telah membuktikan bagaimana kebijaksanaan Nabi Yusuf mentadbir urus bekalan makanan sebelum dan selama tempoh musim kemelesetan yang melanda masyarakat Mesir sedangkan seluruh negara yang berdekatan dengannya mengalami krisis sekuriti makanan yang kritikal.

Kekurangan bekalan makanan boleh menyebabkan tercetusnya krisis makanan. Kebanyakan negara termasuklah negara Islam berhadapan dengan isu getir ini.

Ketiadaan sekuriti makanan juga boleh mengakibatkan kelaparan dan kebuluran. Adakalanya ia disebabkan oleh ketiadaan bekalan dan juga harga makanan yang tidak stabil. Faktor ketidakmampuan untuk membeli makanan sihat pada harga yang tinggi akan menjejaskan pembangunan ekonomi, kesihatan, sosial, dan politik negara. Senario ini juga semakin berpasak di negara kita dengan keadaan ekonomi mendesak dan kos sara hidup yang tinggi.

Oleh sebab itu, penting sekali anda semua bersama kami dalam melakukan perancangan ke arah sekuriti makanan dan menjadikan ia suatu agenda utama. Peranan proaktif dalam dimensi lebih luas perlu digemblengkan daripada pelbagai pihak termasuk para pengguna.
KAMI imageKAMI imageKAMI image
Kami merupakan sekretariat khas yang ditubuhkan oleh PPIM bertujuan untuk melaksanakan usaha memperkasa jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan.

Situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut Bank Dunia, sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum juga meningkat masing-masing 54 peratus dan 60 peratus dalam tempoh sama sementara harga beras jatuh kira-kira 14 peratus.

Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan (GNAFC) dalam Laporan Global tentang Krisis Makanan (GRFC) 2022 pula mendapati, hampir 193 juta manusia tidak mempunyai jaminan bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera iaitu meliputi 53 buah negara dan wilayah.

“Jaminan bekalan makanan wujud apabila semua manusia pada setiap masa mempunyai akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan serta keutamaan makanan untuk hidup yang aktif dan sihat.”
Teras Strategik  Agro Security Farm :

1. Mendukung amalan pertanian mampan dan kendiri;

2. Memperkukuh pasaran domestik, meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai keperluan tinggi;

3. Membangun bakat-bakat petani bagi memenuhi permintaan setempat;

4. Meningkatkan penghasilan dengan menggunakan sistem pengurusan kos minima berlandaskan kepada teknologi kitar semula dan mesra alam.

5. Menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dengan pengukuhan kerangka institusi kepengunaan dan perbekalan yang kukuh.

Jagung Manis
Nama Saintifik : Zea mays


Komposisi Nutrien : Kandungan /100g
Tenaga 355 Kcal. Protin 9.2gm
Lemak 4.6gm Karbohidrat 69.3gm
Gentian 2.0gm Abu 1.4gm
Kalsium 45.0mg Fosforus 224.0mg
Kalium 75.0mg Besi 2.9mg
Natrium 11.0mg Karotin 256 ug
Retino Equivalent 43 ug Vitamin B1 0.22mg
Vitamin B2 0.12mg Niacin 1.7mg
Vitamin C 8.8mg

Masa kutipan hasil :
68 - 72 hari selepas menanam .

Teknik kutipan hasil :
Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja.

Pengendalian pascatuai :
Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu .

1. Baka dari jenis organik.

2. Bebas daripada lebihan antibiotik, hormon dan kimia terlarang bagi tujuan tumbesaran.

3. Vaksin khas bagi haiwan organik sahaja.

4. Ternakan secara Bebas dengan sekurang-kurangnya 50% aktiviti bergerak.

5. Makanan hanya dari bahan tumbuhan yang tiada menggunakan baja kimia atau racun serangga/kulat berasaskan kimia;

6. Bahan makanan asas ayam juga tidak dihasilkan melalui proses menggunakan kimia.
Proses Penternakan Kambing :
Membina kandang
Menyediaan makanan
Pemilihan baka kambing
Pembiakan
Rawatan penyakit
Penjualan

Jenis baka kambing :
Baka kambing katjang
Baka kambing jamnapari
Baka kambing boer
Baka kambing anglo nubian
Baka kambing saneen

Kambing Pedaging, baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red dan Jermasia.

Kambing Tesusu, baka Alpine, Saanen dan Toggenburg.

Baka Susu dan Pedaging, baka Jamnapari dan Anglo-Nubian.
Ternak belut dalam tangki air Jernih

Benih belut yang menetas dibesarkan di dalam air bersih hingga besar.

Kolam-kolam pembiakan dan fungsi.

Kolam tumbesaran,
4 bulan penuaian

  • Kolam kawin induk,
  • Untuk induk belut jantan dan betina bersenyawa
  • Kolam kuarantin belut sakit, Untuk belut yang sakit
  • Kolam persediaaan induk kawin, Untuk induk belut sebelum dikawinkan

Persediaan sarang dan Makanan Semulajadi
Menyediakan media lumpur buatan untuk induk belut hidup seperti habitat semulajadi bagi merangsang proses pesenyawaan.

Media buatan menggunakan tanah sawah dan tanah kebun yang dicampur dengan bahan-bahan seperti bahan kitaran ayam, kambing, atau lembu, kompos, jerami padi, batang pisang hancur, baja NPK, atau EM4.

Khasiat belut untuk kesihatan.

  1. Belut mempunyai beberapa jenis vitamin yang bagus untuk mengimbangi bacaan pH, membaiki pencernaan, metabolisma badan, dan membantu untuk penyerapan nutrisi dalam makanan.
  2. Membantu kurangkan sakit senggugut pada wanita
  3. Mengurangkan kedutan pada kulit dan membantu kulit untuk lebih sihat
  4. Membantu memperlahankan pertumbuhan tumor
  5. Mengurangkan risiko kanser (terutamanya kanser payudara)
  6. Membaiki peredaran darah dalam otak, membaiki daya ingatan

Diuruskan secara berkelompok.

Visi: Sebagai salah satu pembekal ikan air tawar di kawasan setempat.
Misi: Membekalkan ikan air tawar yang berkualiti dan segar dan berterusan.

Objektif:
  • Memenuhi permintaan bekalan ikan yang segar dan berkualiti.
  • Membekal benih ikan keli dan talapia yang berkualiti untuk pasaran tempatan.
  • Menyediakan bekalan makanan ikan yang mencukupi.

Khasiat Ikan Talapia
Ikan talapia terkenal sebagai sumber protein dalam memacu ekonomi industri penternakan ikan. Ramai penternak ikan talapia menternak ikan ini atas sebab-sebab komersial. Hal ini kerana, ikan talapia ini mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Sedikit perkongsian, 100 gram ikan talapia mengandungi 10 miligram kalsium iaitu hampir sama banyak dengan kandungan kalsium pada ikan tuna. Kalsium adalah kandungan mineral yang sangat penting untuk tuland dan otot di dalam badan manusia. Selain dari kalsium, ikan talapia juga kaya dengan zat besi. Membiak Dengan Cepat dan Omnivor sertaTahan Penyakit.



KENAIKAN harga makanan ternakan melonjak dua hingga tiga kali ganda sejak pandemik Covid-19 menjadi beban kepada penternak haiwan ruminan terutama lembu dan kambing.

Dedak atau makanan siap proses yang biasa diimport mengalami kenaikan kerana kos logistik selain di pengaruhi pasaran luar dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Penternak yang terkesan disaran mengambil langkah mempelbagaikan sumber makanan ternakan untuk haiwan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada dedak atau makanan formula ternakan kerana harga terlalu tinggi.

Alternatif mempelbagaikan sumber makanan kepada haiwan ternakan termasuk pemberian napier iaitu sejenis rumput yang memiliki kualiti setanding dengan dedak atau makanan formula ternakan.

Napier, sejenis tanaman rumput yang tumbuh secara menegak dengan daunnya keluar dari ruas atau stolon iaitu jenis batang kecil mengeluarkan pucuk dan akar pada bahagian hujung atau pada buku batang. Kandungan protein terdapat pada batang dan daun napier India atau IKN091 mencecah 20.3 peratus berbanding napier Taiwan 10 hingga 13 peratus.


Tanam ketum ayam berskala besar, elak kebergantungan import

Daun ketum ayam adalah makanan akternatif bagi ternakan ayam selain daripada dedak ayam dan jagung. Oleh kerana makanan ayam semakin meningkat harganya, penggunaan daun ketum ayam dapat mengurangkan kos makanan ayam. Daun ketum ayam dikatakan mempunyai kadar protien yang tinggi (melebihi 20%) dan kadar lemak yang rendah sesuai dijadikan makanan organik segar kepada ternakan ayam atau pun ternakan ruminan.

Hasil pengiraan juga, penggunaan daun ketum ayam bersama beberapa bahan mentah lain sebagai makanan ayam, penternak terutamanya yang mengusahakan secara kecil-kecilan dapat mengurangkan penggunaan dedak sekali gus kos pengeluaran mereka juga dapat dikurangkan. Bagi mencapai hasrat tersebut, tanaman daun ketum ayam perlu dijalankan dalam skala yang besar sama seperti yang perlu dilakukan untuk tanaman jagung sebagai bahan asas makanan ternakan di negara ini.

Ia merupakan langkah bagi jangka masa panjang yang perlu diambil termasuk dengan penumpuan kepada penggunaan teknologi serta tenaga buruh yang mencukupi. Jika tiada usaha ataupun langkah pertama diambil, kita akan terus bergantung kepada pengimportan dedak, dan isu yang kita hadapi ketika ini iaitu harga dedak yang dimport melambung, harga ayam yang tinggi, tidak akan berkesudahan.

Jadikan kebun bandar barisan hadapan sekuriti makanan Inisiatif kebun bandar dapat menjadi sebahagian kawasan tadahan dan menyerap air hujan lebat di bandar; dapat menurunkan kesan pulau haba bandar; kawalan perosak dan penjimatan kos tenaga berterusan. Ini secara tidak langsung menyumbang ciri dan kriteria bandar sejahtera serta berdaya huni berterusan. Oleh Prof Madya Dr Mohd Ramzi Mohd Hussain - Disember 8, 2021 @ 10:30am bhrencana@bh.com.my

Read More  

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City Hall will identify abandoned and reserve land belonging to the federal government that can be turned into community gardens to expand its urban farming initiative in an effort to create job opportunities and increase income for the B40 group. According to Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Mahadi Che Ngah, DBKL will work with several parties including the Ministry of Economy and the Federal Territories Land and Mines Office to identify relevant locations besides cooperating with parties with related expertise. https://www.thesundaily.my/local/dbkl-to-identify-abandoned-reserve-land-to-expand-urban-farming-initiative-BF10738845

Read More  

Memandangkan kos sara hidup yang tinggi di bandar dan warga kota banyak memusatkan perbelanjaan harian kepada keperluan bekalan makanan, maka kebun komuniti ini merupakan satu langkah tepat menjaga sekuriti makanan setempat. Dengan kata lain, meningkatkan kedaulatan makanan setempat melalui konsep pertanian bandar akan menjamin bekalan makanan sampai ke meja makan dengan selamat, segar dan berkhasiat.

Read More  

Semua pihak terutama kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil sikap ‘relaks’ dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di negara ini terpelihara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Read More  

Menurut Prof Datuk Dr M Nasir Shamsudin, Pakar Pertanian dari Universiti Putra Malaysia, masalah kos sara hidup yang tinggi, import bersih yang semakin meningkat, dan corak permintaan makanan yang sentiasa berubah, dapat mengganggu kestabilan bekalan makanan di negara ini. - Oleh: Fathi Abd Rashid

Read More  

Puan Norkumala binti Awang 21/01/2022 Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index– GFSI) 2020, kedudukan Malaysia telah menurun daripada tangga ke-28 pada 2019 kepada tangga ke-43 pada 2020 dengan skor 67.9%.

Read More  
  • PPIM AGRO SECURITY, LEVEL 3, VILLA PUTERI CONDOMINIUM, KUALA LUMPUR
  • POSTCODE 50480

PERTANYAAN: Abu Hurairah 019-9291399 Herman Abdullah 019-225 7293 Izham Nayan 019-665 5544